
Saya kagum sungguh dengan ketelitian masyarakat dahulu ketika mula mencipta peribahasa. Bayangkan begitu terperinci mereka mencipta peribahasa yang begitu indah dan kadangkala sukar saya gambarkan kebijaksaan yang dimiliki oleh mereka. Begitu teliti. Jika saya mengupas isu berkenaan perkataan "kepala" sahaja akan kita temukan pelbagai jenis peribahasa yang menggunakan perkataan tersebut. Contohnya
- Kepala air - bahagian awal air banjir
- Kepala angin - perangai tidak stabil
- Kepala arwah - hidangan istimewa di dalam kenduri arwah
- Kepala bahu - bahagian bahu yang bertemu dgn pangkal lengan
- Kepala batu - degil
- Kepala berat - bodoh
- Kepala berita -tajuk berita
- Kepala desa - ketua kampung
- Kepala dingin- Tenang dan sabar
- Kepala dua- hipokrit
- Kepala gigi- bahagian atas gigi
- Kepala jambatan- bahagian awal jambatan
- Kepala kain-Bahagian kain yang lain coraknya.
- Kepala karangan- Tajuk karangan
- Kepala kawan- Ketua kumpulan
- Kepala kayu-bodoh
- Kepala ke bawah kaki ke atas- bertungkus -lumus bekerja mencari nafkah.
- Kepala keluarga-ketua keluarga
- Kepala keretapi- bahagian enjin lokomotif
Itu baru, perkataan kepala, bagaimana pula bahagian badan yang lain. Sama-sama kita fikirkan...hebat sungguh pemikiran masyarakat dahulu.
No comments:
Post a Comment